Tentang Saya » Maklin Masiau

Selamat Datang ke Gerakan Suara Rakyat Bengkoka — Di Sini, Setiap Suara Membangunkan Harapan, Setiap Tindakan Membentuk Masa Depan.

OUR MISSION & VISION

Visi & Misi

PEMBERDAYAAN EKONOMI RAKYAT BENGKOKA

Komitmen saya adalah untuk membina ekonomi tempatan yang mapan, adil, dan memberi manfaat kepada semua…

PENDIDIKAN BERKUALITI UNTUK SEMUA ANAK BENGKOKA

Masa depan Bengkoka bergantung pada anak-anak kita. Pendidikan bukan sekadar hak, tetapi asas kemajuan. Saya…

KESIHATAN UNTUK SEMUA RAKYAT BENGKOKA

Kesihatan adalah hak asasi, bukan kemewahan. Malangnya, ramai rakyat Bengkoka masih menghadapi cabaran mendapatkan rawatan…

Tentang Saya

"Memimpin Perubahan Bengkoka"

Saya dilahirkan di hulu Sungai Bengkoka, di sebuah kampung kecil bernama Kampung Perupok, Pitas. Apabila Kampung Perupok kemudiannya dibahagikan kepada dua kawasan, lokaliti keluarga saya berada di Kampung Dowokon, iaitu di bahagian hulu Perupok — namun kami tetap berkongsi sungai yang sama, Sungai Perupok, yang menjadi nadi kehidupan masyarakat sekitar.

Bapa saya berketurunan Sonsogon, manakala ibu saya daripada suku Sandayo, dengan sedikit campuran Tombonuo. Latar belakang ini membentuk identiti saya sebagai anak Bengkoka yang memahami dan menghargai kepelbagaian budaya serta bahasa tempatan.

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pinapak, sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas dan seterusnya ke Sekolah Menengah Arshad, Kota Belud. Kemudian, saya menuntut di Maktab Perguruan Keningau dan menyambung pengajian tinggi di Universiti Sains Malaysia (USM).

Saya boleh berbahasa Sonsogon (pelat Kimaragang & Sandayo), Kimaragang, Tombonuo, Sungai, Bahasa Inggeris, serta memahami sedikit Bahasa Bajau. Keupayaan pelbagai bahasa ini membantu saya berinteraksi dengan masyarakat akar umbi di seluruh Bengkoka dengan lebih dekat dan mesra.

Saya berkhidmat sebagai guru selama 18 tahun, dengan jawatan terakhir sebagai Penolong Kanan Tingkatan Enam di SMK Pitas, mengajar mata pelajaran Pengajian Am dan Sejarah.

Sejak tahun 2016, saya berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Sumpah Daerah Pitas — satu-satunya individu yang memegang peranan ini di daerah ini. Tugas ini bukan sekadar tanggungjawab undang-undang, tetapi juga amanah untuk memastikan urusan masyarakat dijalankan dengan telus, adil, dan berintegriti.

Total Volunteer
0 K

CAMPAIGN

0 +

COVERAGE AREA

0 Miles

VOTE PAPER

0 K

“Bersama STAR, Bersama Saya, Bangunkan Bengkoka.”

WOULD YOU LIKE TO BECOME ONE OF OUR DONORS?

Ketua Bahagian STAR Bengkoka yang memperjuangkan hak rakyat pedalaman Sabah – ekonomi, pendidikan, dan kesihatan untuk semua. Bersama rakyat, kita bawa suara Bengkoka ke pentas negeri.

Maklin Masiau
Privacy Overview

This website uses cookies so that we can provide you with the best user experience possible. Cookie information is stored in your browser and performs functions such as recognising you when you return to our website and helping our team to understand which sections of the website you find most interesting and useful.