Tentang Saya » Maklin Masiau
Selamat Datang ke Gerakan Suara Rakyat Bengkoka — Di Sini, Setiap Suara Membangunkan Harapan, Setiap Tindakan Membentuk Masa Depan.
Visi & Misi
Penstrukturan Semula Mukim dan Kampung
Saya berusaha memastikan susunan dan sempadan mukim serta kampung disemak semula agar pentadbiran lebih tepat,…
Kajian Semula Golongan Sasaran B40
Data B40 yang tepat amat penting bagi memastikan bantuan sampai kepada keluarga yang benar-benar layak.…
Pekan Satelit Bengkoka (Hab Pendidikan / R&R / Esplanade)
Saya merancang mewujudkan pekan satelit yang merangkumi hab pendidikan, kawasan rehat dan rawat serta esplanade…
"Memimpin Perubahan Bengkoka"
Saya dilahirkan di hulu Sungai Bengkoka, di sebuah kampung kecil bernama Kampung Perupok, Pitas. Apabila Kampung Perupok kemudiannya dibahagikan kepada dua kawasan, lokaliti keluarga saya berada di Kampung Dowokon, iaitu di bahagian hulu Perupok — namun kami tetap berkongsi sungai yang sama, Sungai Perupok, yang menjadi nadi kehidupan masyarakat sekitar.
Bapa saya berketurunan Sonsogon, manakala ibu saya daripada suku Sandayo, dengan sedikit campuran Tombonuo. Latar belakang ini membentuk identiti saya sebagai anak Bengkoka yang memahami dan menghargai kepelbagaian budaya serta bahasa tempatan.
Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pinapak, sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas dan seterusnya ke Sekolah Menengah Arshad, Kota Belud. Kemudian, saya menuntut di Maktab Perguruan Keningau dan menyambung pengajian tinggi di Universiti Sains Malaysia (USM).
Saya boleh berbahasa Sonsogon (pelat Kimaragang & Sandayo), Kimaragang, Tombonuo, Sungai, Rungus, Bahasa Inggeris, serta memahami sedikit Bahasa Bajau. Keupayaan pelbagai bahasa ini membantu saya berinteraksi dengan masyarakat akar umbi di seluruh Bengkoka dengan lebih dekat dan mesra.
Saya berkhidmat sebagai guru selama 18 tahun, dengan jawatan terakhir sebagai Penolong Kanan Tingkatan Enam di SMK Pitas, mengajar mata pelajaran Pengajian Am dan Sejarah.
Sejak tahun 2016, saya berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Sumpah Daerah Pitas — satu-satunya individu yang memegang peranan ini di daerah ini. Tugas ini bukan sekadar tanggungjawab undang-undang, tetapi juga amanah untuk memastikan urusan masyarakat dijalankan dengan telus, adil, dan berintegriti.
CAMPAIGN
COVERAGE AREA
VOTE PAPER
Pasukan Kempen
“Bersama STAR, Bersama Saya, Bangunkan Bengkoka.”
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Quis ipsum suspendisse ultrices gravida. Risus commodo.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Quis ipsum suspendisse ultrices gravida. Risus commodo.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Quis ipsum suspendisse ultrices gravida. Risus commodo.